BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Saturday, January 30, 2010





Wednesday, January 27, 2010

emo sikit...

sering kali kita terlalu menjaga hati org tapi sedang kn hati kita tak siapa peduli.tak d hargai...kenapa errkk jadi mcm tu.kenapa tidak menjaga hati sendiri?kenapa kita mesti berpura2 semata mata tidak mahu meluka kn perasaan seseorg.ikhlas ke kita dlm perhubungan itu.bukan kh elok kita berterus terang saja.kenapa mesti hidup bersandiwara.kadang2 org d sekeliling kita ni pun tak semua nya jujur.d depan baik.tapi d belakang kita...hanya tuhan saje yg tahu..semua nya pandai berpura pura aje..tapi sampai bila....
ego kh kita jika kita terlalu penting kn diri sendiri.bukan kah itu untuk kita juga.tapi boleh kah org lain menerima sikap kita itu.akan terluka ka org2 d sekeliling kita nanti.
memang susah nak puas kan hati semua org kan.bila terlampau menjaga hati dan sampai satu saat yg kita tak terdaya lagi..ape yer akn terjadi.sure akan meletup semuanya...iya lah...dah terlampau lama menanggung beban nya.




Thursday, January 21, 2010

hepi 1st besday NUR AISYA NAJIHA

Tanggal 11/11/09 tepat pukul 11.11 pg genap lh usia aisya setahun.emmm...cepat nya masa berlalu.dah setahun anak aku ni.dah boleh jalan.sekarang ni dah bleh cakap sikit2.klu p mana2 mmg tak mau dukung dh.nak jalannnn je...
weols celebrate kt mcd je.memandang kn weols ni bru berhijrah kt cni,so tak de kenal ramai sgt.invite member2 je...senang kit wat kt luar ni..semua diaorg yg wat.




besday girl.cute tak anak aku ni.anak ibu....


yg baju putih tu intan suraya(baby) n hubby dia.nama betoi tak ingat tp weols panggil dia sotong..


ini zana.tenkiu 4 the present


tenkiu abg razif...from aisya

aku betoi2 terlupa psl kek ni.last minit br teringat...masa tu kedai mana yg nak ambil booking kn.aduhhhh... mcm mana leh lupa ni....sowi lh aisya...ibu beli kek ni je lh...anyway taste not bad....sedappppp



time to wish...





posing time




ni pula time main game.actually this is for kids..but since weols still under age(below 50 years)haa...haa...kuang...kuang..jgn mare guys...kita org yg main game ni..anyway ..mmg enjoy giler..lama tak main cam tu kn..







dh bis ptg tu,weols sambung kt karoaeke(betoi ke aku eja ni.mcm salah je).saje lepas gian masing2.tgk lh ..semua ada talent jadi bintang AF...






among us,zana the best..cayalh...


ni daku tgh syok sendiri dok nyanyi..hee..hee.layannnnnn.




.

Tuesday, January 19, 2010

genting higlands part 2

uuhhhh...ngantuknya ...pas mkn ni mula lh wat hal.aisya lk bru tido.ikut hati nk landing je tepi anak aku ni.. tapi...tak pe lh...mkn tido..mkn tido...makin membesar lk aku ni nanti.
aku sambung part 2 punya lh..






anak aku ni suka bebenor klu dpt naik motor or keta ..papa tumpang sekali.hubby aku la ni dok minat motor bike lk..







kemalasan yg tiba2 dtg melanda diri ku ni membuat kn mata ku tidak terdaya lagi nk menahan perasaan yg amat mengantuk sekali...dan daku tak mampu lg menunggu keslowan(bahasa ape tu erkkk..lantak lh janji aku sorang faham he..ee)nk upload photo ni..
tapi sblm aku melabuh kn tirai ni,mesti uols wondering pesal pic aku takde..aku ni tak nk lah interframe kt cni..maleh nk glamer2..kuang...kuang...n salah 1 reason lg..jeng...jeng...tgk lh photo2 aku kt bwh ni...
tu lh pasal gambo aku tak de.tgk cam ner hubby aku take pic ...hampehhhhh...posing macam mana pun mesti gambo kluar jadi cam ni..tak pe...nak wat cam ner kn..tak leh tulis lebih2 .nanti hubby aku baca.kecik ati lk dia....








Monday, January 18, 2010

genting higlands part 1

yesterday weols naik genting.last minute punya plan.aku n hubby ni mmg suka jalan.so tak kisahlh..redahhh je.weols g indoor theme park je.memandang kn pergi sehelai sepinggang je kan(tu lh reason aku bg kt hubby aku.len kali leh mai lg nk main outdoor lk...kuang...kuang...)
kami beli tiket yg leh main tuk semua games.rm60 hinggit 4 2 adult.tak byk sgt game kt dlm ni.sampai2 je kt sana,kita org terus belikan aisya sweather n legging.kita kn tak prepare ape pun.ciannnnn kt ank ibu..sejuk dia...












suka nya aisya naik kuda.sampai 2x kita naik tu..tgk papa....sama naik ngan ank ..

pas tu nk masuk lh snow house..wow...punya lh exicited.sampai kt kaunter,staff tu ckp.'kak,budak bwh 92cm tak leh masuk'
tetiba je aku blur...92 cm ...ape tu???tak pernah aku dgr rules cam tu...hee...hee...ada lk cam tu.frust nya kita org...papa ckp nnti aisya besar kita dtg lagi...(ayat penyedap ati le tu..)nak lepas kn rasa kecewa di hati..mcm org putus cinta lk..take photo kt luar je lh..ha...ha..ha...










c comel aisya




ni pulak masa naik train ulat bulu..bentuk dia cam ulat bulu.nama saintifik dia tak ingat lh pulak.
best gak naik ni.dia bawa kita round sampai kluar.so ,leh tgk outdoor punya theme park.sambil dilitupi kabus yg sejuk .wow...dingin bangat.emmm...emmm...
tengok anak aku tu..sampai panjat window lh.







pesal slow sgt nk upload pic ni..maleh akak nk tunggu ni.hubby dok jeling kt aku ni.kuang...kuang...dia nk main game..tu yg dok ushar semacam je...akan ku sambung versi ke2 esok....

Friday, January 15, 2010

erti sebuah kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

lelaki suke nangis

Wuuu…lelaki nangis wuuu… Tak malu wuuu…”

Kenapa? Korang ingat, lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis. Lelaki pun boleh menangis gak taw.

Tetapi korang mesti tertanya-tanya, kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis. Kalau korang tengok lelaki je, mesti korang kata, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…”

Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi dorang pandai menghargai sebenarnye. Kan kalau kite menangis, kite keluarkan air mata. Yang lelaki ni bagus, dorang nak simpan air mata dorang tu. Nak bersihkan mata katanya. Tu pasal la lelaki tak menangis…

Selain daripada itu, lelaki ni suke perempuan puji dorang. Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…” Bukan lelaki nak berbangga-bangga, ataupun riak. Dah perempuan nak puji. Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki. Tu pasal la lelaki tak menangis…


Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza. Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Cool. Takde nangis-nangis ni. Buat penat je. Dah la dorang penat balik dari kerja. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la. Tu pasal la lelaki tak menangis…

Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la dorang punya kekuatan, ke-tough-an tu semua hilang. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah bertukang dan nangis-nangis nak buat kerja. Rasa-rasanya, siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu pasal la lelaki tak menangis…

Dan akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Takde nak serebeh-serebeh muka tu. Tu pasal la lelaki tak menangis… :))

tangkap leleh............

aku suko ngan lirik lagu ni..tersentuh jiwa lembut ni...ada yg tersurat dan tersirat..cuma daku yg tahu...........


Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

last week aku n hubby gi zoo.nk bawa aisya tgk haiwan(not the main reason)..actually dh tak tau nk p mana dh.tu yg tersasar ke sana.well...ok gak ..cuma bila lama tak jalan2 cam ni ,agak penat lh kit.meh aku share kat cni





aku ni takut nk p dekat gajah ni.bukan nya apa,dah lh tak berantai,pagar lak kecil sgt.sekali dia mengamuk ...waallllaaa...tu imaginasi aku jekk.aku tgk org lain ok jer...






gambo aku ada satu je...cian nya...slalu kalo gi mana2 pon ,gambo aku yg kurang..dok jadi camerawoman lah katakan....



Thursday, January 14, 2010

anda suka lupa

aku skrg ni mmg suka sgt lupa.kdg2 benda yg kecik2 pun leh lost.tgh aku dok wat keje pun...tiba2 ler TERRRRLUPA .mula lh jenuh dok pikiaq...td aku nak wat ape erkkk????????kejap je leh lupa padahal td aku dh plan canteekkkk punya.
mengikut kajian apa yg aku baca,org yg bersalin cara c-sect slalu jadi pelupa.tapi tak tahu kesahihan nya..aku ni lahir aisya thru c-set.so my personal opinion rasa mmg betoi kot...atau pun mungkin aku dah TUAAA...hiii...hiiii.
pagi td aku n mr hubby sibok dok cari company chop.aku ni dgn konfiden nya kata"mesti ada dlm keta ayg ni sbb ari tu kan simpan dlm keta.kat umh mana ada"cari punya cari tak jumpa gak.sampai umh aku cari kt dlm kotak atas meja...jeng..jeng..ada lak kt ctu.apa lh aku ni...
ni aku bg tips ckit bg yg suka lupa(utk daku gak ni)


Tips meningkatkan daya ingatan

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.

Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup


1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat.

Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas.
Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan


Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru


Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan.
Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Wednesday, January 13, 2010

baby aisya





ni lah buah hati pengarang jantung daku.NUR AISYA NAJIHA.masa time ngandung lg aku dh plan nk buh nama tu.lembut je ..moga2 ank ibu pun akn lemah lembut gak..insyaallah..dh 14 bulan usia dia.tak menang tangan dwat nya.